Kisah Nabi Indris A.S
KISAH NABI IDRIS A.S
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut cerita kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.
Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.
Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. ?
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idrissambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut:
"Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu
selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:
"Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin
melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking
yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut
"Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu
kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke
Neraka Jahanam bersama-sama
Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama
Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah
untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan
kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi
Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh
tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata
"Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."
Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti
dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di
dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa
anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka
warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya
telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang
didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau
kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya
agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta
izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam
syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan
meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris
berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal
didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam
syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari
syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari
syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris
pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti
merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah
s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali
mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah
pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu
dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah
memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris)
tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman
kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya
yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
Baca Juga : Cerita Nabi Lainnya
Komentar
Posting Komentar